PENGUMUMAN

Ibubapa/penjaga boleh melihat keputusan UJIAN 1 2012 di

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA 70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS  

PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31/12/2012


 
Read more »

Ceramah Isra' dan Mi'raj

Setiap tahun Israk dan Mikraj disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan oleh seluruh umat Islam di dunia. Peristiwa ini disambut bagi mengingati sirah perjalan nabi dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha sehinggalah menerima perintah solat lima waktu sehari semalam. Rentetan daripada peristiwa bersejarah itu, tanggal 20 Jun 2012 bersamaan 01 Syaaban 1433H, telah diadakan sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah bertempat di Dewan SK Seremban Jaya. Beberapa acara / aktiviti telah dijalankan. Antaranya ceramah serta kuiz untuk tahun 4, 5 dan 6 pertandingan mewarna untuk tahun 1,2 dan 3. Ceramah telah disampaikan oleh Imam Muda Abdul Fattah bin Ridduan. Berikut ialah sisipan gambar yang sempat dirakam semasa berlangsungnya majlis tersebut..
Read more »

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H

Panita Agama Islam sksj telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1433 H peringkat sekolah. Sambutan yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” ini disertai oleh semua warga sksj yang terdiri dari murid PRA sekolah sehingga pelajar tahun 6.Turut serta YPD PIBG,Tuan.Haji.Razali bin Ujang


Read more »

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011


Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR 2011. Semoga anak-anak murid tahun 6 SK Seremban Jaya memperoleh kejayaan cemerlang.

SELASA 13 September 2011

08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2

RABU 14 September 2011

08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1

KHAMIS 15 September 2011

08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam

Ujian Aptitud Tahun Enam adalah satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian yang mengambil masa – 1 jam 30 minit mengandungi 3 bahagian iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan dan Minat, Kecenderungan dan Kesediaan.

Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI PAUTAN PILIHAN

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.