PENGUMUMAN

Ibubapa/penjaga boleh melihat keputusan UJIAN 1 2012 di

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011


Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR 2011. Semoga anak-anak murid tahun 6 SK Seremban Jaya memperoleh kejayaan cemerlang.

SELASA 13 September 2011

08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2

RABU 14 September 2011

08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1

KHAMIS 15 September 2011

08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam

Ujian Aptitud Tahun Enam adalah satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian yang mengambil masa – 1 jam 30 minit mengandungi 3 bahagian iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan dan Minat, Kecenderungan dan Kesediaan.

Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Read more »

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan
Tahun 2011M/1432H

Tarikh    : 02 Ogos 2011M
Hari       :  Selasa
Tempat :  Dataran SKSJ

"Ramadhan Dekat Di Hati"

Anjuran Panitia Pendidikan Islam SKSJ


Read more »

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011

Perkhemahan Unit Beruniform ini telah berjaya diadakan pada 28hb Julai hingga 29 Julai 2011. Tapak perkhemahan adalah di Padang SK Seremban Jaya. Seramai 110 pelajar yang telah mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform ini. Unit Beruniform yang terlibat ialah sebanyak 5 unit iaitu Puteri Islam, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah,  Tunas Puteri . Kem komandan yang telah dilantik pada tahun ini ialah En.Mohd Rozi  bin Md Daud. Manakala Timbalan Kem Komandan ialah En. Hasbi bin Ismail


Perasmian perkhemahan ini telah disempurnakan pada hari Sabtu (29hb Julai 2011) oleh YDP PIBG, En Razali bin Ujang.  Pelbagai aktiviti yang telah diadakan semasa perkhemahan ini antaranya ialah  Pertandingan Kawad,  Pertolongan Cemas, malam ekspressi,  dan akhir sekali penyampaian hadiah kepada pemenang.


Read more »

LDP KSSR

Latihan Dalam Perkhidmatan
Tempat : Bilik Percambahan Minda
Tarikh : 19 April 2011 (2.30ptg – 4.45 ptg)

LDP ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada semua guru tentang KSSR.

Guru-guru telah diberi pendedahan dan penerangan yang jelas berkaitan KSSR

Seramai 68 daripada 73 orang guru telah menghadiri LDP ini.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Admin Blog

Gambar sekitar program:


Read more »

Majlis Penajaan Akhbar Utusan Malaysia


Majlis Penajaan
Akhbar Utusan Malaysia
Untuk Sekolah-Sekolah Pilihan
Daerah Seremban

Ditaja dan Dilancarkan Oleh:

YANG BERHORMAT
SENATOR DATO’ MOHAMMED NAJEEB BIN ABDULLAH
AHLI DEWAN NEGARA

Dengan Kerjasama

Pejabat Pelajaran Daerah Seremban


Read more »

20 Perkara Jangan

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH

1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya



http://ustazhanafi.blogspot.com/
Read more »

MAJLIS PERPISAHAN CC PN ROHANI


Pada hari Selasa, 29/03/2011, jam 9.30 pagi, warga pendidik bersama pihak pengurusan serta staf sokongan SKSJ telah mengadakan satu jamuan perpisahan sempena pertukaran ketua kerani, Puan Rohani binti Idris yang akan bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Said, Nilai.

Jamuan Perpisahan ini diadakan bagi mengenang jasa baik serta menghargai sumbangan khidmat yang telah dicurahkan serta menunjukkan rasa sayang pihak sekolah yang diwakili para guru, pihak pengurusan, serta staff sekolah yang sangat merasai kehilangan beliau.

Walaubagaimanapun, Warga SKSj tetap mendoakan agar Puan Rohani dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki tak kira di mana jua beliau berada.

Berikut merupakan beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan sekitar majlis perpisahan buat
Puan Rohani Binti Idris.






Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi Yang Baik Dikenang Jua.

Walau tuan tiada disini,
Setiap Masa Dekat Dihati,
Salah Dan Silap Harap Maafi,
Jangan di Simpan di Dalam Hati,

Jangan Serik Datang Kemari,
Kami Disini Selalu menanti,
Kalau Ada Apa dihajati,
Jangan Lupa Kami Disini.

Pucuk Pauh Delima Batu,
Anak Sembilang Ditapak Tangan,
Biar Jauh Berbatu-batu,
Dimata Hilang dihati Jangan.
Read more »

PERTANDINGAN MTAQ PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2


MTAQ daerah Seremban 2 telah diadakan pada 26 MAC 2011 di SMK PENDETA ZAABA.Bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1.30 tengahari. manakala pertandingan nasyid sekolah rendah diadakan di SK TAMAN PAROI JAYA
Penyampaian hadiah di adakan di SMK PENDETA ZAABA pada pukul 2ptg.

SKSJ telah mendapat NAIB JOHAN DALAM ACARA KHAT JAWI BAHAGIAN LELAKI.iaitu ADIK MOHD FUAD. Tahniah.. bagi peserta lain jangan kecewa.. cuba lagi tahun depan...

Gambar sekitar MTAQ 2011....


Read more »

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

Terima Kasih kepada semua AJK PIBG 2010/2011




Barisan AJK tertinggi



Sebahagian AJK PIBG yang baru dilantik

Gambar sekitar Mesyuarat Agung PIBG 2011


Read more »

UCAPAN ULUNG YDP PIBG SESI 2013/2014





 

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana saya telah diberikan kesempatan untuk melakarkan sedikit warkah ucapan bagi portal Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya.
                Terlebih dahulu saya amat berbesar hati dan merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ahli PIBG SKSJ kerana telah memberi sokongan dan peluang kepada saya bagi menerajui Jawatan YDP PIBG semasa mesyuarat Agung yang lalu. Penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada barisan YDP serta  Ahli Jawatankuasa bagi sesi terdahulu kerana telah membimbing dan memimpin PIBG SKSJ sehingga  menjadi sekolah cemerlang. Terima kasih juga kepada Guru Bsar Cemerlang serta para pendidik yang telah berusaha keras bagi mencapai tahap pendidikan cemerlang di sekolah ini.
                InsyaAllah dengan sokongan AJK yang baru ini saya percaya segala perancangan serta aktiviti yang  telah dan akan dirancang dapat diteruskan dengan lancar. Sebagaimana kita sedia maklum, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan satu kaedah terbaru bagi meningkatkan tahap pendidikan Negara melalui kaedah Prestasi Berasaskan Sekolah (PBS). Pendekatan terbaru ini merupakan satu kaedah yang telah di struktur bagi memperkemaskan lagi sistem pembelajaran Negara. Langkah pro aktif telah diperkenalkan di sekolah iaitu mewujudkan sesi Hari Bertemu Pelanggan bagi merapatkan hubungan di antara pihak Pendidik dan Ibu bapa yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi para pelajar. Tahniah kepada pihak sekolah di atas inisiatif yang telah dilaksanakan.
                Akhir kata saya  saya menyaran ibu bapa agar lebih prihatin terhadap pelajaran sekolah dengan mengambil kira tahap akademik dan juga kokurikulum anak-anak dan sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah bagi memantau prestasi pelajar.
‘ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’
 

& Terima Kasih

OMAR ZAI BIN ABAS
YDP PIBG 2013


Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI PAUTAN PILIHAN

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.