PENGUMUMAN

Ibubapa/penjaga boleh melihat keputusan UJIAN 1 2012 di

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya adalah sebuah sekolah yang baru ditubuhkan pada tahun 2004, sejarahnya bermula apabila Pn.Hjh Badariah bt Hj Mohd Tahir, guru Sekolah Kebangsaan Senawang, telah dipanggil untuk menerima taklimat pembukaan sekolah baru pada 6 November 2003 yang bertempat Di Balai Gadang, JPNS, Seremban. Pn.Hjh Badariah binti Hj Mohd Tahir telah dilantik sebagai Penyelaras  atau “Care taker” bagi menjalankan tugas-tugas pentadbiran. Beliau ketika itu hanya di bantu oleh Pn Rusnah bt Wahab, Pembantu Tadbir sekolah.
Pada 5 Januari 2004, hari pertama sekolah ini mula beroperasi, sekolah telah menerima kemasukan seramai 1000 orang murid yang datang dari sekolah-sekolah yang berhampiran dan kemasukannya semakin  meningkat dari masa ke semasa. Sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar kerana bangunan sekolah sebenar belum boleh diduduki lagi.
Oleh itu, sesi persekolahan  dijalankan pada sebelah petang. Pada peringkat awal sekolah ini dibuka, sekolah hanya mempunyai  seramai  21 orang guru yang terdiri daripada pelbagai  opsyen. Pada 7 Januari 2004, Pn Jamaliah bt Tahir telah datang melapor diri sebagai Guru Besar dan memulakan tugas beliau pada 12 Januari 2004. Pn Jamaliah bt Tahir sebelum ini adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan YamTuan Hitam, Kuala Pilah. Kehadiran beliau sebagai Guru Besar yang berpengalaman sangat-sangat dinantikan kerana pihak sekolah tidak  menyangka kebanjiran enrolmen murid yang begitu ramai dan meningkat dengan mendadak serta ditambah pula dengan kerumitan dalam  hal-hal pengurusan disebabkan terpaksa menumpang bangunan sekolah lain.
Sekolah ini hanya membuka sebanyak 27 buah kelas yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dan sehingga bulan Mac tahun 2004, sekolah ini telah mempunyai seramai 47 orang guru termasuk 3 orang guru tidak terlatih, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah (PAR) dan seorang Pekerja Rendah Awam  (PRA).

Walaupun mengalami banyak kerumitan dan kekurangan dalam pelbagai kemudahan asas, pihak pentadbiran dan dengan sokongan guru-guru serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya, sekolah ini terus mengorak langkah kehadapan apabila dapat mengadakan Ujian Bulanan pertama serentak  pada awal bulan Mac dan seterusnya dapat memasuki beberapa pertandingan peringkat daerah dan negeri. Pasukan Tunas Puteri sekolah telah maraih Johan dalam pertandingan yang diadakan semasa Sukaneka Kepanduan Tunas Puteri peringkat Negeri Sembilan pada 28 Mac 2004. Dengan kemenangan tersebut, maka terukirlah nama Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya di pentas kokurikulum peringkat Negeri Sembilan khasnya pasukan Tunas Puteri Negeri Sembilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI PAUTAN PILIHAN

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.