PENGUMUMAN

Ibubapa/penjaga boleh melihat keputusan UJIAN 1 2012 di

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

ENROLMEN SK SEREMBAN JAYA

Read more »

SEKITAR PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Read more »

Saf Solat

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah. Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat).

Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan.


3 Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no.. 436)

Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi.

Kedudukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini.


Wallahualam..


Sumber: Isu Hangat
Read more »

Guru PPKI dan Pemulihan


Read more »

Selamat Bercuti

Kepada semua pelajar, semua guru dan semua ibu bapa diucapkan selamat bercuti serta diucapkan kepada semua warga Malaysia selamat merasai dan menghayati suasana musim cuti sekolah.

Kepada para pelajar dan ibu bapa penuhilah masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan ank-anak. Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat di dalam musim cuti kerana pada ketika ini aktiviti para pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.

Walaupun terdapat ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti kursus motivasi dan menghadiri kelas tambahan khas tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa cuti secara tidak berkualiti.
Malang tidak berbau oleh itu sama-samalah kita menguruskan masa cuti anak-anak dengan baik dan berkualiti, sambil berdoa kepada Allah supaya dijauhi kemalangan dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

Sekarang terdapat banyak penganjur kursus seperti ini terpulang kepada ibu bapa hendak memilih yang mana satu yang berkenan di hati, Berilah peluang kepada ank-anak menambahkan bilangan kawan mereka secara sihat dan berkualiti, mereka boleh terus bermain di dalam program kursus yang memberi manfaat kepada mereka. Sekiranya kita membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian di sana mungkin terdapat lebih banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya akan membawa akibat buruk kepada diri mereka dan keluarga. Ibu bapa yang tidak mampu masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti yang lain, asalkan kita tidak membiarkan aktiviti anak-anak berjalan tanpa kawalan dan perancangan.


Diedit dari laman http://www.leewantam.com
Read more »

Panitia Sains


Read more »

Panitia Matematik


Read more »

Panitia B.Melayu


Read more »

TAKWIM SEKOLAH 2011

Takwim Sekolah 2011
Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16

II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13

Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16

II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14

Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78


Kumpulan A
* Kedah
* Kelantan
* Terengganu


Kumpulan B
* Perlis
* Pulau Pinang
* Perak
* Selangor
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Johor
* Pahang
* Sabah
* Sarawak
* Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
* Wilayah Persekutuan Labuan
* Wilayah Persekutuan Putrajaya
Read more »

Panitia B.Inggeris


Read more »

Panitia Pendidikan Islam



Read more »

PENGUMUMAN PENTING

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2011

AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:


Tarikh :  29.12.2010

Hari    :  Rabu

Masa  : 8.30 pagi

HARAP MAKLUM
Read more »

HUBUNGI SKSJ

Alamat

SK SEREMBAN JAYA
70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

No. Telefon
06-6780430

No. Fax
06-6798505

E-mail
skserembanjaya@yahoo.com.my
Read more »

 Khusu' mendengar ceramah


 Suasana hari pertama persekolahan


Guru Besar membuat ucapan



Read more »

Misi Dan Visi Sekolah


Logo Sekolah



Lagu Sekolah


Kami berjanji dan bertekad,
Menuju kejayaan.
Harumkan nama, sekolahku,
SK Seremban Jaya,
Kecermelangan berterusan,
Dalam pelbagai bidang,
Kami warga yang berkualiti,
Menuju wawasan.
C/O
Mari berganding bahu,
Kotakan impian,
melahirkan insan,
Cemrlang dan terbilang,
Sekolahku, Seremban Jaya,
Kebanggaan kita,
Putra putri,
Sumpah setia,
Curah bakti mulia…..
Read more »

CARTA ORGANISASI PIBG 2011/2012

















YDP PIBG: TN. HJ. RAZALI B. UJANG

LAPORAN SEKRETARIAT PIBG 2009/2010
1. FALSAFAH PIBG
PIBG adalah komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah. Peranannya ialah sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat  dan  hendaklah diterjemahkan melalui pelbagai program peningkatan sekolah. Di dalam apa juga program, PIBG sebagai pelengkap kepada aktiviti-aktiviti sekolah.
2. KEANGGOTAAN PIBG
Semua guru yang mengajar di SK Seremban Jaya dan semua ibu bapa dan penjaga kepada murid SK Seremban Jaya. Tuan Guru Besar sebagai anggota ex-officio.
3. SUMBER KEWANGAN PIBG
Yuran tahunan sebanyak RM30.00 untuk satu keluarga serta sumbangan daripada individu.
4. TEMPOH PERKHIDMATAN
Ahli jawatankuasa PIBG SK Seremban Jaya bagi sesi 2009-2010 dilantik pada 29 Mac 2009 dan tamat perkhidmatan pada 28 Mac 2010.
5. PENGAGIHAN TUGASAN
Jawatankuasa PIBG yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung pada 29 Mac 2009 telah mengadakan mesyuarat pertama pada 18 Mei 2009 dan bersetuju melaksanakan tugasan berdasarkan biro-biro yang telah dilantik bertujuan agar  setiap kerja dapat dijalankan dengan lebih fokus. 
a) Biro Pendidikan Moral & Agama – En. Nyanasegar a/l Ezhamalai
b) Biro Keselamatan – En. Eaganathan a/l Govindan
c) Biro Keceriaan & Kebersihan – Pn. Fatimah bt Hj. Fadzil Haq
d) Biro Kebajikan & Sosial – Pn. Rozita bt. Yaakob
6. MESYUARAT
AJK PIBG telah bermesyuarat sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan. Kebiasaannya, mesyuarat akan diadakan pada hari Ahad waktu  pagi memandangkan kesulitan untuk para ahli mengadirkan diri pada waktu lain. Mesyuarat telah dijalankan di Bilik Percambahan Minda, SKSJ.
Read more »

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SK SEREMBAN JAYA

Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya adalah sebuah sekolah yang baru ditubuhkan pada tahun 2004, sejarahnya bermula apabila Pn.Hjh Badariah bt Hj Mohd Tahir, guru Sekolah Kebangsaan Senawang, telah dipanggil untuk menerima taklimat pembukaan sekolah baru pada 6 November 2003 yang bertempat Di Balai Gadang, JPNS, Seremban. Pn.Hjh Badariah bt Hj Mohd Tahir telah dilantik sebagai Penyelaras atau “Care taker” bagi menjalankan tugas-tugas pentadbiran. Beliau ketika itu hanya di bantu oleh Pn Rusnah bt Wahab, Pembantu Tadbir sekolah.
  Pada 5 Januari 2004, hari pertama sekolah ini mula beroperasi, sekolah telah menerima kemasukan seramai 1000 orang murid yang datang dari sekolah-sekolah yang berhampiran dan kemasukannya semakin meningkat dari masa ke semasa. Sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar kerana bangunan sekolah sebenar belum boleh diduduki lagi. Oleh itu, sesi persekolahan  dijalankan pada sebelah petang. Pada peringkat awal sekolah ini dibuka, sekolah hanya mempunyai  seramai  21 orang guru yang terdiri daripada pelbagai  opsyen.
  Pada 7 Januari 2004, Pn Jamaliah bt Tahir telah datang melapor diri sebagai Guru Besar dan memulakan tugas beliau pada 12 Januari 2004. Pn Jamaliah bt Tahir sebelum ini adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan YamTuan Hitam, Kuala Pilah. Kehadiran beliau sebagai Guru Besar yang berpengalaman sangat-sangat dinantikan kerana pihak sekolah tidak menyangka kebanjiran enrolmen murid yang begitu ramai dan meningkat dengan mendadak serta ditambah pula dengan kerumitan dalam hal-hal pengurusan disebabkan terpaksa menumpang bangunan sekolah lain.
  Sekolah ini hanya membuka sebanyak 27 buah kelas yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dan sehingga bulan Mac tahun 2004, sekolah ini telah mempunyai seramai 47 orang guru termasuk 3 orang guru tidak terlatih, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah (PAR) dan seorang Pekerja Rendah Awam  (PRA).
  Walaupun mengalami banyak kerumitan dan kekurangan dalam pelbagai kemudahan asas, pihak pentadbiran dan dengan sokongan guru-guru serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya, sekolah ini terus mengorak langkah kehadapan apabila dapat mengadakan Ujian Bulanan pertama serentak pada awal bulan Mac dan seterusnya dapat memasuki beberapa pertandingan peringkat daerah dan negeri. Pasukan Tunas Puteri sekolah telah maraih Johan dalam pertandingan yang diadakan semasa Sukaneka Kepanduan Tunas Puteri peringkat Negeri Sembilan pada 28 Mac 2004. Dengan kemenangan tersebut, maka terukirlah nama Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya di pentas kokurikulum peringkat Negeri Sembilan khasnya pasukan Tunas Puteri Negeri Sembilan.
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI PAUTAN PILIHAN

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.