PENGUMUMAN

Ibubapa/penjaga boleh melihat keputusan UJIAN 1 2012 di

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

UCAPAN ULUNG YDP PIBG SESI 2013/2014





 

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana saya telah diberikan kesempatan untuk melakarkan sedikit warkah ucapan bagi portal Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya.
                Terlebih dahulu saya amat berbesar hati dan merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ahli PIBG SKSJ kerana telah memberi sokongan dan peluang kepada saya bagi menerajui Jawatan YDP PIBG semasa mesyuarat Agung yang lalu. Penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada barisan YDP serta  Ahli Jawatankuasa bagi sesi terdahulu kerana telah membimbing dan memimpin PIBG SKSJ sehingga  menjadi sekolah cemerlang. Terima kasih juga kepada Guru Bsar Cemerlang serta para pendidik yang telah berusaha keras bagi mencapai tahap pendidikan cemerlang di sekolah ini.
                InsyaAllah dengan sokongan AJK yang baru ini saya percaya segala perancangan serta aktiviti yang  telah dan akan dirancang dapat diteruskan dengan lancar. Sebagaimana kita sedia maklum, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan satu kaedah terbaru bagi meningkatkan tahap pendidikan Negara melalui kaedah Prestasi Berasaskan Sekolah (PBS). Pendekatan terbaru ini merupakan satu kaedah yang telah di struktur bagi memperkemaskan lagi sistem pembelajaran Negara. Langkah pro aktif telah diperkenalkan di sekolah iaitu mewujudkan sesi Hari Bertemu Pelanggan bagi merapatkan hubungan di antara pihak Pendidik dan Ibu bapa yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi para pelajar. Tahniah kepada pihak sekolah di atas inisiatif yang telah dilaksanakan.
                Akhir kata saya  saya menyaran ibu bapa agar lebih prihatin terhadap pelajaran sekolah dengan mengambil kira tahap akademik dan juga kokurikulum anak-anak dan sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah bagi memantau prestasi pelajar.
‘ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’
 

& Terima Kasih

OMAR ZAI BIN ABAS
YDP PIBG 2013


Read more »

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SEREMBAN JAYA

27 Februari, PIBG telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya buat kali ke-7. Terima kasih kepada Tn. Hj Musa bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Seremban yang telah sudi hadir merasmikan majlis. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada TN. HJ. RAZALI B. UJANG kerana kekal sebagai Yang Dipertua PIBG, khidmad cemerlang tuan masih lagi diperlukan oleh ahli-ahli PIBG.Tahniah juga kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG yang kebanyakannya muka-muka baru. Berikut adalah senarai AJK PIBG SKSJ bagi sesi 2011 / 2012;
Yang Dipertua : Tn Hj Razali Bin Ujang
Naib Yang Dipertua : Pn. Azlina bt Ahmad
AJK :
1. Pn. Suhila bt Shohod
2. En. Mohd Muda b Juhaidi
3. Pn. Maznah bt Jaafar
4. En. Eeganathan
5. Pn. Noraini bt Omar
6. Pn. Siti Fatimah bt Mohamad

Juru Audit : En. Adnan b Abd Latif
Semoga barisan kepimpinan PIBG tahun ini akan dapat meneruskan usaha-usaha membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan.
Read more »

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Pagi hari Jumaat 18 Februari 2011 telah diadakan program sambutan Maulidur Rasul di sekolah SKSJ. Program bermula pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa, berselawat Nabi, persembahan nasyid dan pertandingan sajak . Seterusnya berkumpul di dewan besar untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Majlis tamat pada jam10.40 pagi dan selepas itu P&P berjalan seperti biasa. Semoga program hari ini akan dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Junjungan Nabi SAW dan kita akan menjadi umatnya yang solleh yang melaksanakan tuntutan agama Islam.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program Sambutan Maulidur Rasul pada pagi itu.






Pada masa yang sama juga, Panitia Pendidikan Moral telah menganjurkan Program Motivasi dan Keagamaan untuk pelajar bukan Islam.


Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI PAUTAN PILIHAN

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.