PENGUMUMAN

Ibubapa/penjaga boleh melihat keputusan UJIAN 1 2012 di

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SEREMBAN JAYA

27 Februari, PIBG telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya buat kali ke-7. Terima kasih kepada Tn. Hj Musa bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Seremban yang telah sudi hadir merasmikan majlis. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada TN. HJ. RAZALI B. UJANG kerana kekal sebagai Yang Dipertua PIBG, khidmad cemerlang tuan masih lagi diperlukan oleh ahli-ahli PIBG.Tahniah juga kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG yang kebanyakannya muka-muka baru. Berikut adalah senarai AJK PIBG SKSJ bagi sesi 2011 / 2012;
Yang Dipertua : Tn Hj Razali Bin Ujang
Naib Yang Dipertua : Pn. Azlina bt Ahmad
AJK :
1. Pn. Suhila bt Shohod
2. En. Mohd Muda b Juhaidi
3. Pn. Maznah bt Jaafar
4. En. Eeganathan
5. Pn. Noraini bt Omar
6. Pn. Siti Fatimah bt Mohamad

Juru Audit : En. Adnan b Abd Latif
Semoga barisan kepimpinan PIBG tahun ini akan dapat meneruskan usaha-usaha membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan.
Read more »

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Pagi hari Jumaat 18 Februari 2011 telah diadakan program sambutan Maulidur Rasul di sekolah SKSJ. Program bermula pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa, berselawat Nabi, persembahan nasyid dan pertandingan sajak . Seterusnya berkumpul di dewan besar untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Majlis tamat pada jam10.40 pagi dan selepas itu P&P berjalan seperti biasa. Semoga program hari ini akan dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Junjungan Nabi SAW dan kita akan menjadi umatnya yang solleh yang melaksanakan tuntutan agama Islam.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program Sambutan Maulidur Rasul pada pagi itu.






Pada masa yang sama juga, Panitia Pendidikan Moral telah menganjurkan Program Motivasi dan Keagamaan untuk pelajar bukan Islam.


Read more »

Pendaftaran Murid Tahun 1 Hingga 6

Warga SKSJ mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2011′. Bersiap sedialah untuk belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun yang baru ini. P&P akan bermula pada hari pertama persekolahan, maka semua murid digalakkan membawa buku teks atau buku latihan mengikut jadual kelas yang telah diberi oleh cikgu pada hari pendaftaran. Jadual juga boleh didapati di blog rasmi sekolah (link Jadual waktu) atau blog jadual waktu http://jadualsksj.blogspot.com/ Sekian, terima kasih.











Read more »

SUASANA CERIA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Hari pertama sesi persekolahan 2011 bagi pelajar tahun satu dan tahun-tahun uang lain SK Seremban Jaya berjalan lancar dalam suasana ceria, rata-rata murid-murid kelihatan seronok di dalam bilik darjah.
Bagaimanapun, masih terdapat ramai ibu bapa menemani anak-anak dengan menunggu di luar kelas, terutama bagi ibu bapa tahun satu yang pertama kali menghantar anak-anak ke sekolah dan ada juga ibubapa yang datang untuk membayar yuran.

 Barisan Pentadbir Sekolah segak bergaya

 Ustaz Hasbi menyampaikan taklimat kepada pelajar



Murid-murid tekun mendengar taklimat

Barisan guru-guru perempuan SKSJ

Ucapan sulung dari GB untuk sesi 2011


Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI PAUTAN PILIHAN

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.