PENGUMUMAN

Ibubapa/penjaga boleh melihat keputusan UJIAN 1 2012 di

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Tips Menggunakan Facebook, Twitter, Blogspot, Wordpress Dll.

HASIL daripada ledakan dunia cyber pada hari ini, maka wujudlah pelbagai saham di internet sama ada melalui facebook, twitter, blogspot, wordpress dll. Ramai yang mula tertarik bagaimana untuk menjana pendapat melalui lumayan melalui internet sehingga ada yang tertipu dan sanggup menipu. Walhal ada sesuatu lagi pendapatan yang amat besar keuntungannya di dunia cyber ini, bukan duit semata-mata. Bahkan saham yang mungkin atau sememang boleh menjadi amal kita. 
Macam mana kita nak gunakan facebook, twitter, blogspot, wordpress dll sebagai sumber saham kita dan memberikan manfaat?

1. GUNAKAN SEBAGAI MEDIUM PERSAHABATAN :
Eratkan silaturahim dengan sentiasa berhubung dengan rakan-rakan.

2. UP-LOAD GAMBAR YANG BAIK-BAIK :-
Up-load gambar-gambar yang mengingatkan sahabat-sahabat kita kepada benda yang baik. Elakkan posting gambar yang tak menutup aurat atau berunsur dan sebagainya, dikhuatiri sekiranya individu berkenaan telah meninggal dunia, maka dosanya akan terus bertambah dalam akaun akhirat selagi mana gambar-gambrnya dilihat oleh orang ramai di laman internet.

3. WUJUDKAN PERKONGSIAN ILMU :-
Postingkan sesuatu yang menyeru kepada kebaikan. Contohnya; hadis, kata-kata hikmah, nasihat. Bila kita meninggal, benda tu masih ada di sana then orang ramai boleh baca sekalipun telah meninggal dunia.

Sabda Nabi :
“Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

4. PASTIKAN YANG DISAMPAIKAN ADALAH KEBENARAN :-
Sekiranya hendak menerbitkan berita atau pun sebagainya, pastikan ianya sahih. Hal ini penting kerana kepalsuan maklumat boleh menimbulkan salah faham dan pelbagai kemudaratan dan jika tersilap kemungkinan mengakibatkan dosa tanpa disengajakan. Elakkan budaya ‘forward’ tanpa merujuk kesahihan e-mail atau benda yang kita terima. Ini boleh mencemarkan ilmu-ilmu islam.

5. TERBITKAN SESUATU YANG BERMANFAAT :-
Hal ini kerana hal yang sia-sia itu tidak disukai oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.

6. GUNAKAN SEBAGAI MEDIUM DAKWAH :-
Ajaklah orang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
P/S : Jangan salahkan teknologi. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI PAUTAN PILIHAN

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.